install dari playdeb

·

ikuti arahan dibawah...
1. install dengan double click,tetapi harus didawnload terlebih dahulu software playdeb tersebut disini

atau melalui repository manual..

masuk pada System-Administration-Software Sources, Third-Party Software tab, Add:

deb http://archive.getdeb.net/ubuntu karmic-getdeb apps


tambah GPG key dengan msuk pada terminal window dan type:

 wget -O- http://archive.getdeb.net/getdeb-archive.key | sudo apt-key add -


dan tekan "Install this now"..

selamat mencuba......

Structure Linux

·

Memahami structure linux bukanlah sesuatu yang sukar, hanya perlu kepada pemahaman dan ketelitian untuk memahaminya kerana ada sesetangahnya anda tidak boleh menggunakan dengan sesuka hati anda meelaikan jika anda sudah memahaminya.penerangan ini adalah untuk untuk mereka yang masih baru menggunakan linux. bagi pengguna windows, anda mungkin masih keliru dengan structure dalam linux.baca dan fahami penerangan dibawah supaya anda mudah untuk mengendalikan sistem pengoperasian linux..

Comix

·

Bagi penggemar manga/komik, apabila beralih kepada ubuntu kita tercari-cari suatu perisian untuk membaca manga/komik dengan lebih baik berbanding dengan perisian yang sudah terpasang pada ubuntu.jika didalam winddows, kita sering menggunakan ACDc untuk membaca manga. bagaimana pula dengan ubuntu?..memperkenalkan comix.Ianya perisian mempamer imej yang mesra pengguna dan boleh dicustomize. Ianya dibangunkan untuk membaca manga/komik, dan juga mempamer imej. Ianya boleh memaparkan imej dalam fail berformat .zip atau .rar dan juga beberapa format compression lain seperti gzip dan bzip2.

Ubuntu sangkut?

·


Kadangkala tidak dapat dielakkan Ubuntu dari sangkut.Ramai yang masih tidak tahu cara nak atasi perkara ini memandangkan ramai yang beranggapan jika Ubuntu tersangkut haruslah menekan Ctrl + Alt + Del untuk mematikan aplikasi seperti penggunaan window.

Berikut cara yang sepatutnya anda lakukan adalah seperti dibawah.

Ubuntu pocket guide

·

Ubuntu Pocket Guide and Reference diberikan percuma untuk anda ..jangan lepaskan peluang anda.download dan baca untuk menambah pengetahuan anda didalam penggunaan ubuntu.

DOWNLOAD

VLC dalam ubuntu

·

VLC adalah satu perisian wajib bagi aku tidak kira menggunakan OS windows ataupun ubuntu.antaramuka yang menarik dan bagi aku merupakan mesra pengguna. bagi mereka yang gemar menonton video sudah tentu mempunyai perisian ini. VLC mempunyai pelbagai skin yang boleh dicuba untuk mencantikkan lagi VLC.

membuka fail .chm

·

Pelbagai persoalan yang timbul bagi pengguna baru ubuntu..antaranya adalah bagaimana ingin membuka fail berformat .chm.fail chm adalah sesuatu yang mudah untuk dibuka didalam windows kerana didalam window telah menyediakan aplikasi tersebut..


Walaubagaimana pun didalam linux ada beberapa cara untuk membuka fail berformat .chm ini.antaranya adalah seperti gnochm.gnochm adalah sesuai bagi pengguna gnome.masuk pada terminal dan masukkan arahan dibawah..selesai proses instal cuba fail .chm tadi..

Packet tracer dalam ubuntu

·


packet tracer adalah satu simulation tool bagi cisco.untuk install packet tracer dalam ubuntu, ikuti tutorial dibawah.sebelum itu harus download packet dari cisco.

Kemudian buka terminal dan masukkan arahan dibawah:

 ./PacketTracer52_i386_installer-deb.bin


shortcut keyboard dalam ubuntu

·

Ctrl + L = clears the terminal output
Shift + Ctrl + C = copy the highlighted command to the clipboard.
Shift + Ctrl + V (or Shift + Insert) = pastes the contents of the clipboard.
Alt + F = moves forward one word.
Alt + B = moves backward one word.
Arrow Up/Down = browse command history
Shift + PageUp / PageDown = Scroll terminal output

Shortcut terminal Dalam Ubuntu

·

Cara mudah untuk membuka atau menggunakan teminal adalah dengan cara set shortcut baru untuk arahan teminal dengan cara masuk pada system/preferences/keyboard shortcuts..apabila tetingkap keyboard shortcuts sudah tebuka, cari pekataan terminal dan tekan new shorcut...contoh f12. selasai melakukannya, tutup tetingkap dan cuba tekan f12 pada keyboard..

Pengemis Buta

·

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yangmenyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada naknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Nasihat Rasulullah kepada Saidina Ali

·

Wahai Ali, bagi org MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.


Wahai Ali, bagi org 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

9 mimpi Rasulullah

·



Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

Tenaga Dalam

·

tenaga dalam adalah satu istilah yang digunapakai untuk menyatakan suatu tenaga yang terpendam didalam diri..sebagaimana yang kita ketahui selama ini masyarakat cina mempunyai suatu tenaga yang dipanggil Chi.untuk membangkitkan tenaga dalam ini,kita boleh memulakan dengan melatih diri kita dengan latihan pernafasan. walaubagaimanapun, gerakan-gerakan tertentu juga harus dilakukan bagi melancarkan lagi perjalanan tenaga didalam tubuh badan kita..Tenaga dalam membentuk getaran-getaran yang tersalurkan pada urat-urat tubuh dan pembuluh-pembuluh darah apabila disalurkan. Getaran-getaran energi ini berbeza-beza, ada yang panas dan ada yang dingin, tergantung bagaiman cara orang itu berlatih. Tenaga dalam apabila disalurkan pada suatu titik tertentu akan membentuk kekuatan yang dapat digunakan untuk menghancurkan benda-benda keras, pengobatan dan lain-lain. Energi inilah yang dipergunakan oleh kalangan persilatan di dalam menambah mutu silatnya, juga dapat dipergunakan sebagai senjata yang ampuh untuk membela diri..

Minda Bawah Sedar

·

minda terbahagi kepada 4 bahagian:

1.Otak kiri Atas,

2.Otak kiri Bawah,

3.Otak kanan atas

4.Otak Kanan bawah.


otak kiri berperanan menganalisa data berkaitan Logik, Matematik, Prosedur, Realiti.Otak Kiri Bawah disebut Otak Optimis berfungsi sebagai menganalisa data berkaitan Ego, Planing, Keinginan, Kemahuan.

al-fatihah

·

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al- Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

JDownload dalam ubuntu

·

Bagi mereka yang suka mendownload cerita dan sebagainya mungkin mereka beranggapan bahawa tiada alatan didalam ubuntu yang boleh menggantikan IDM.memperkenalkan Jdownloader dimana software ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan IDM.cara untuk install Jdownloader adalah dengan dimestikan untuk install Sun's java terlebih dahulu..ikuti panduan dibawah..

sudo apt-get install sun-java6-bin sun-java6-jre sun-java6-jdk sun-java6-plugin


install pidgin 2.6.1

·

cara untuk install pidgin 2.6.1 dalah dengan cara perlu edit /etc/apt/sources.list file dengan memasukkan arahan dibawah pada terminal.

sudo gedit /etc/apt/sources.list

tambah satu dari dibawah bergantung pada ubuntu version berapa yang digunakan.

untuk ubuntu Jaunty Users:

deb http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu jaunty main
deb-src http://ppa.launchpad.net/pidgin-developers/ppa/ubuntu jaunty main


Metasploit dalam Ubuntu

·

Bagi mereka yang ingin menginstall metasploit didalam ubuntu,kita boleh menginstallnya dengan mudah sahaja , tapi sebelumnya ada beberapa library tambahan yang harus di install supaya metasploit dapat berjalan sempurna. yang perlu di install adalah sebagai berikut.

backup iso ubuntu dengan remastersys

·

Tutorial kali ini menerangkan cara untuk backup iso ubuntu dengan menggunakan remastersys.banyak kelebihan yang akan diperolehi jika membuat backup iso ubuntu.ikuti tutorial dibawah untuk install software remastersys didalam ubuntu..

pertama kali harus buka fail sourc.lis dengan memasukkan arahan dibawah pada terminal.

sudo gedit /etc/apt/sources.list


Cahaya Solat

·

SABDA Rasullullah SAW, "Solat itu adalah cahaya iaitu apabila telah cukup syarat sebagai suatu solat yang sempurna penuh khusyuk, khudhuk dan ihsan."

Ini bermaksud, zat solat itu sendiri sebagai cahaya yang akan menerangi perjalanan seorang mukmin, sesuai dengan suatu riwayat lain yang bermaksud: "Solat itu adalah cahaya orang mukmin. Cahaya solat itu akan kelihatan pada wajah orang yang bersolat. Lebih banyak ibadat solatnya, lebih nyatalah cahaya itu diwajahnya."

Apabila Ulama Dicabar

·

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari Dalam Diri ( A TO Z)

·

A: ACCEPT
Terimalah diri anda sebagaimana adanya.

B: BELIEVE
Percayalah terhadap kemampuan anda untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup.

C: CARE
Pedulilah pada kemampuan anda meraih apa yang anda inginkan dalam hidup.

D: DIRECT
Arahkan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri.

Demam

·

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada, Aisyah Radhiallahuanha dari Nabi Shallallahualaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air.
(Hadith riwayat Muslim)

Kisah Si Burung Bijak

·


Kononnya,sekelompok burung berhasrat untuk menemukan Raja. Melihat kebuasan harimau dan binatang -binatang yang menguasai hutan, burung-burung ini semakin nekad untuk membentuk persatuan sendiri dan mereka pernah mendengar bahawa Raja Burung itu adalah salah satu diantara mereka. Si burung bijak mengaku pernah bertemu dengan Sang Raja dan menawarkan jasanya untuk membawa mereka. Namun untuk kearah itu, mereka harus terbang tinggi dan jauh, kerana Sang Raja tinggal di puncak gunung yang tinggi. Si burung bujak mula menjelaskan rintangan-rintangan yang akan dilalui bagi menemui Sang Raja tersebut.. Mereka harus melalui lima Lembah dan dua Gurun Sahara. Setelah melepasi gurun terakhir mereka akan menamui Sang Raja Burung.

Fakta Dunia Akan Kiamat

·

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun. sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah.daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.Dan planet ini lebih besar daripada bumi.Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

Berlagak Pandai

·

sudah kita maklum yang boleh dikatakan semua orang tidak suka pada orang yang mempunyai sifat berlagak pandai ini. tidak salah kalau kita ingin mendapatkan perhatian dari majikan, pensyarah atau orang ramai, tetapi harus diingat,Keinginan yang terlalu menggebu untuk dilihat paling menonjol di antara yang lain di pejabat,institut dan lain-lain lagi dikhuatiri membuat Anda “over-acting”. Bila ini terjadi, bukannya simpati atau penilaian yang positif yang Anda dapatkan melainkan label buruk.sememangnya Anda mahu mendapatkan penghargaan sebagai The Most Likely to Kiss Some Boss Butt? fikir-fikirkan lah.hehehehe...:D

Berkorban itu Indah

·


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

5 jari

·

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insani dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil. Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.

Button

·

ni ada beberapa button yang aku dpat dari internet.huhuu







Bangkit

·



Bangkit adalah satu kata yang perlu kita selalu ucapkan, bahkan kalau diperlukan teriakkan "BANGKIT" ketika kita mengalami kegagalan,putus asa,lemah semangat, patah hati dan lain-lain lagi.Bangkit adalah sebuah jawapan untuk sesuatu kegagalan, bukannya berhenti mencuba dan pasrah dengan sebulat-bulatnya.Kita mengalami kegagalan bukan untuk menjadi orang yang gagal, kecuali kita berhenti mencuba, berhenti melangkah dan menghapus mimpi indah kita. Kita gagal untuk belajar banyak hal dari kegagalan itu sendiri.

Cerita Dirumah Orang Gila

·

Sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila. Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu. Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat ke dalam kolam.... Apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannya tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.


Keesokkan harinya Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, "Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak.

Ibu Pembohong

·

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Kisah Dari Penjara

·

Kisah benar dari penjara sg. buluh Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Kisah 5 perkara aneh

·

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyhur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi- Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat seperti berikut:-


Apa yang engkau hadapi, maka makanlah ia; Apa yang engkau jumpa kemudiannya, maka engkau sembunyikan; Apa yang engkau dapat kemudiannya, maka engkau terimalah; Apa yang engkau hadapi kemudiannya, jangan engkau putuskan harapan; Apa yang engkau tempuhi kemudiannya, larilah engkau daripadanya."

Kisah Pokok Epal

·

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

Kisah Pokok Semalu

·

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Pesan Roh Kepada Manusia

·

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Silat Gerak Sendiri

·

silat gerak sendiri adalah sesuatu yang kita lihat sebagai sesuatu yang luar biasa..kebanyakan perguruan menawarkan ilmu ini.bagi yang terlalu ghairah untuk mendapatkan silat mereka dengan mudahnya termakan dengan sesuatu yang di war-warkan tentang ilmu silat ini.cuba kita perhatikan , dari manakah silat ini diperolehi?

baiklah, untuk pengetahuan untuk kita semua, silat reflak sebenarnya hanya memerlukan kepekaan sahaja.kepekaan dilatih bagi memudahkan pelatih merasakan getaran anergy. dari kepekaan inilah kita sebenarnya mampu untuk membuka langkah-langkah silat.walaubagaimanapun, untuk memperolehinya memerlukan kesabaran dan latihan yang berterusan supaya tubuh badan kita mampu untuk bertindak balas dengan tenaga alam.seperti udara, kita tidak mampu untuk melihatnya,walaubagaimanapun didalam udara tersebut penuh dengan sesuatu yang berguna. alam mempunyai anergy nya yang tersendiri. pokok,air dan sebagainya mempunyai anergynya yang tersendiri yang jarang dibongkar dan kita hanya tahu menikmatinya sahaja.

Maksud Talkin dalam BM

·

Talkin ini lebih baik jika kita membacanya dengan menyebut nama kita sendiri.semoga kita mendapat kesedaran baru.."amin ya robbal alamin..."

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang

berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk

menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Peringatan Bersama

·

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga: Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya.

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya;

Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali

Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengar Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Kelebihan Solat Berjemaah

·


SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.


ShoutMix chat widget

Masa