sudah kita maklum yang boleh dikatakan semua orang tidak suka pada orang yang mempunyai sifat berlagak pandai ini. tidak salah kalau kita ingin mendapatkan perhatian dari majikan, pensyarah atau orang ramai, tetapi harus diingat,Keinginan yang terlalu menggebu untuk dilihat paling menonjol di antara yang lain di pejabat,institut dan lain-lain lagi dikhuatiri membuat Anda “over-acting”. Bila ini terjadi, bukannya simpati atau penilaian yang positif yang Anda dapatkan melainkan label buruk.sememangnya Anda mahu mendapatkan penghargaan sebagai The Most Likely to Kiss Some Boss Butt? fikir-fikirkan lah.hehehehe...:D
seharusnya kita akui dimana kekurangan kita dan bukan mencari kekurangan orang lain kerana apabila kita mencari kekurangan diri orang lain bermakna kita menunjukkan diri kita yang kekurangan. apabila kita berlagak pandai, banyak penipuan yang akan berlaku,walaupun kita sebenarnya tidak tahu akan sesuatu perkara yang dibincangkan, tetapi kita tetap ingin masuk didalam perbualan dan mencelah percakapan orang, bermakna kita kurang profesional.sebagai seorang terpelajar kita sudah maklum yang memotong percakapan orang lain adalah satu perbuatan yang tidak beradab.
jadi anda seharusnya mendengar dahulu jika anda sendiri tidak mengetahui akan sesuatu perkara yang dibincang atau dibualkan kerana dikhuatiri akan menimbulkan kemarahan orang lain.percaya pada diri anda sendiri dan lakukan yang terbaik..bodek membodek majikan,pensyarah dan orang ramai adalah tidak salah jika ada hadnya..kalau menyebabkan orang ramai meluat dengan telatah anda, anda seharusnya pandang pada diri sendiri...:D
tidak dinafikan, ramai yang beranggapan berlagak pandai ni kadang-kadang diperlukan, tapi harus diingat, janganlah sampai menipu.berlagak pandai kadang-kadang diistilahkan dengan istilah mempromosikan diri.ya, memang sesuatu yang kurang sodap didengar..hehehehe. tetapi itulah yang perlu kita hadapi.sebagai contoh, anda seorang pelajar, anda dimaklumkan untuk membuat sesuatu tugasan, tetapi masih tiada sesiapa yang dipilih,lantas anda cuba untuk mempromosikan diri anda yang anda adalah seorang pelajar yang pintar dan mampu untuk mengendalikannya..ya, memang sesuatu yang bagus..tetapi dimana letaknya pada keyakinan diri anda? kalau anda yakin pada diri anda mampu dan pensyarah melihat anda mampu untuk mengendalikan sesuatu tugasan, pasti dan pasti andalah yang terpilih.ramai pelajar di institut pengajian tinggi sekarang hanya pandai bodek-bodek pensyarah, tetapi hakikatnya? penulisan ini bukan untuk ditujukan pada sesiapa, pekerja ,pelajar atau orang awam, cuma sekadar celoteh yang mungkin seharusnya berada didalam setiap diri makhluk yang bergelar manusia..:D heheheheh