tenaga dalam adalah satu istilah yang digunapakai untuk menyatakan suatu tenaga yang terpendam didalam diri..sebagaimana yang kita ketahui selama ini masyarakat cina mempunyai suatu tenaga yang dipanggil Chi.untuk membangkitkan tenaga dalam ini,kita boleh memulakan dengan melatih diri kita dengan latihan pernafasan. walaubagaimanapun, gerakan-gerakan tertentu juga harus dilakukan bagi melancarkan lagi perjalanan tenaga didalam tubuh badan kita..Tenaga dalam membentuk getaran-getaran yang tersalurkan pada urat-urat tubuh dan pembuluh-pembuluh darah apabila disalurkan. Getaran-getaran energi ini berbeza-beza, ada yang panas dan ada yang dingin, tergantung bagaiman cara orang itu berlatih. Tenaga dalam apabila disalurkan pada suatu titik tertentu akan membentuk kekuatan yang dapat digunakan untuk menghancurkan benda-benda keras, pengobatan dan lain-lain. Energi inilah yang dipergunakan oleh kalangan persilatan di dalam menambah mutu silatnya, juga dapat dipergunakan sebagai senjata yang ampuh untuk membela diri..
kebanyakan guru tenaga dalam sekarang telah meletakkan pelbagai nama.ada yang meletakkan nama tenaga dalam seribu bayangan,tenaga dalam nur karomah dan banyak lagi.walau sebanyak mana pun nama tenaga dalam yang diberikan,hakikatnya adalah satu sahaja..cuma cara kita mengolah dalam penggunaannya sahaja.nama tenaga dalam diletak untuk menunjukkan perguruan dan mengandalkan perguruan mereka..kebiasaannya jurs tenaga dalam adalah lebih kurang sama.biasanya dalam 10 jurus pertama akan sama dan dari 10 jurus utama tersebutlah maka dapat dibentuk pelbagai jurus-jurus lain.ramai orang menyalah anggap tentang tenaga dalam ini..tenaga dalam yang sebenarnya diperolehi dengan latihan pernafasan dan latihan gerakan dan bukannya melalui bacaan.bagi tenaga dalam yang menggunakan bacaan, itu sebenarnya adalah aliran kebatinan.tidak dinafikan aliran kebatinan kebanyakannya menggunakan khadam sebagai pendamping.Walaubagaimanapun kebanyakan guru tenaga dalam sendiri sebenarnya masih ada yang terkeliru samaada ilmu kebatinan yang diamalkan menggunakan khadam jin ataupun khadam ayat..harus diketahui, tidak semua perguruan yang mengajarkan tenaga dalam menggunakan khadam
khadam boleh merubah diri mereka dengan pelbagai bentuk.ada yang menyerupai lelaki yang berpakaian jubah putih, ular dan sebagainya.kebanyakan guru-guru yang mengamalkan ilmu kebatinan menggunakan mata ketiga atau disebut juga dengan terawangan dalam ilmu kebatinan..Buat pengetahuan anda, terawangan sebenarnya mempunyai kekuatannya tersendiri bergantung pada si pengamal.ada yang mampu tembus pandang sedikit sahaja.biasanya ditahap ini ramai yang tertipu,mereka melihat lelaki berpakaian putih,berjanggut dan berserban sebagai seorang yang alim, sedangkan yang datang adalah syaitan laknatullah yang datang ingin menyesatkan manusia.sebab itu kebanyakan mereka yang mengamalkan ilmu kebatinan kebanyakannya kita lihat ada yang menjadi jahat.mereka sebenarnya bukan ingin menjadi jahat..tetapi ilmu yang didorong oleh syaitan laknatullah itulah yang membawa mereka kejalan yang sesat.
saya sendiri pernah berjumpa beberapa orang guru dan belajar dengan guru tersebut..walaubagaimanapun saya tidaklah mengamalkan ilmu-ilmu kesaktian seperti yang pernah kita dengar selama ini. Hasil pengamatan saya tentang ilmu kebatinan dan tenaga dalam membuatkan saya terfikir tentang kekuasaan Allah yang tersangatlah hebat. Mungkin bagi anda mempunyai khadam adalah seronok kerana anda mempunyai teman dan anda boleh berdialog dengan khadam tersebut.tetapi tahukah anda sekiranya anda sentiasa meminta pertolongan dengan makhluk tersebut akan membolehkan kita menjadi syirik jika tidak kena dengan caranya kerana tempat untuk kita meminta pertolongan hanya kepada Allah sahaja. kebanyakan ilmu kebatinan mempunyai pantang larang yang pelik sedangkan ilmu yang diwar-war kan oleh guru tenaga dalam adalah menggunakan kekuatan didalam diri.dimana letaknya kebebasan diri? kita tidak menghalalkan apa yang diharamkan dan tidak boleh mengharamkan apa yang halal.
bagi mereka yang mengamalkan ilmu yang berkaitan dengan khadam jin, mereka mempunyai pantangan yang tersendiri.kelemahan bagi yang mengamalkan ilmu khadam ini adalah ilmu mereka boleh dikosongkan.berbeza dengan tenaga dalam..tenaga dalam tidak dapat dikosongkan kerana tenaga tersebut adalah berasal dari dalam diri dan mana mungkin dapat dikosongkan..kita lihat orang melayu zaman dahulu seperti zaman tok janggut, tok kenali, mat kilau, hang Tuah dan lain-lain,mereka juga mengamalkan ilmu kebatinan,tetapi ilmu mereka berbeza dengan ilmu yang diajarkan sekarang..tidak dinafikan masih ada guru dan perguruan yang boleh dipercayai dan ilmu yang diajarkannya cukup-cukup benar.tetapi mungkin sukar untuk menjumpainya.seperti zaman tok janggut, tok kenali, mat kilau, hang Tuah dan lain-lain,mereka lebih banyak menggunakan petua-petua.seperti ilmu pukulan.mereka hanya menggunakan petua selepas makan dan selawat sahaja.hasilnya sama sahaja dengan mereka yang menggunakan ayat.walaubagaimanapun, penggunaan ayat al-quran adalah lebih lebih baik kerana mendekatkan diri kita kepada Allah..ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh merubah kita kepada kebaikan.walaupun ilmu yang kita ada adalah sedikit, kalau diasah,lama-lama akan tajam dari mata pedang. Yang penting adalah sentiasa mengamalkannya..
perlu diketahui, ilmu dan amalah adalah suatu perkara yang berbeza..kebanyakan guru sekarang menyatakan ilmu dan amalan adalah satu perkara yang sama, sebenarnya ianya adalah berbeza..ilmu adalah apa yang kita pelajari dan amalan adalah amal yang menuju kita kepada pencipta.tidak dinafikan kadang-kadang kita melihatnya seperti ada persamaan,tetapi hakikatnya adalah berbeza.Walau ilmu apa sekalipun yang kita pelajari semuanya datang dari Allah dan perkara yang harus kita lakukan adalah sentiasa muhasabah diri dan renungkan ciptaan Allah supaya setiap ilmu yang kita pelajari penuh dengan cinta kepada Allah..ilmu tenaga dalam mumpunyai tenaga yang tersendiri..ada yang bersifat sejuk dan ada yang bersifat panas..jadi bagi melatih ilmu tenaga dalam yang bersifat panas kita perlu juga melatih ilmu tenaga dalam yang bersifat sejuk supaya keseimbangan dalam badan dapat dikekalkan.Islam itu sudah lengkap dan dalam islam sendiri mengajar kita supaya bersederhana..jadi dalam tenaga dalam juga menggunakan pendekatan islam kerana dalam kesederhanaan itu adanya kejayaan.sebagai umat islam, kita harus ketahui, kelebihan yang ada pada orang islam adalah berlipat kali ganda kerana kita menggunakan solat sebagai perhubungan rohani dan jasmani.dan apabila sampai pada suatu tahap,akan berlaku kekusyukan..dari hasil kekusyukan inilah akan berlakunya satu keadaan asyik..dalam keadaan inilah jasmani dan rohani kita dapat bersatu dan tenaga yang dihasilkan melebihi dari apa yang disebut sebagai chi kerana tenaga yang dihasilkan adalah tenaga yang bersumberkan dari kekuatan ILAHI.setiap sesuatu memerlukan konsentrasi, seperti juga solat.konsentrasi tidak boleh dibuat-buat dan tidak boleh dibayangkan dengan minda..membayangkan dengan minda membuatkan anda tidak berada dalam keadaan konsentrasi dan akan membuatkan anda memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya anda fikir didalam solat..sebab itulah, hubungan tenaga dalam dan solat adalah sangat erat sekali dimana kita memerlukan ketenangan, kepasrahan dan keyakinan yang tinggi..keyakinan dan kekusyukan akan datang dengan sendirinya jika anda sudah berjaya menyatukan rohani dan jasmani anda..
walaubagaimanapun kita sebagai manusia mempunyai 3 komponen utama yang teramat penting iaitu mental,jasmani dan rohani dan apabila ketiga-tiga ini dapat bersatu dengan baik, insyaallah kita akan menjadi manusia yang penuh dengan cinta kepada pencipta.kehebatan manusia melebihi apa yang kita fikirkan..jadi adakah anda ingin menggunakan khadam jika anda boleh menggunakan diri anda sendiri..? fikirkan mana yang terbaik untuk anda.kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, jadi, kita cuba meneroka diri sendiri dan lihat apa yang kita ada.sebab itu lah pada zaman dahulu tenaga dalam sentiasa dilatih dan anak-anak kecil pun sudah pandai untuk menggunakan tenaga dalam mereka..hasil tenaga yang diolah melalui latihan boleh kita gunakan untuk pelbagai keperluan kita dan tiada pantangan untuk kita melatihnya.jadi, cuba satukan minda anda melalui solat tahjud kerana disaat anda bangun tidur, anda bukan berada dalam keadaan sedar sepenuhnya dan ditahap ini kita sentiasa mendapat kekuatan..untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tunggu artikel selanjutnya......
Tenaga Dalam
Masa
Pautan
-
▼
2009
(42)
-
▼
December
(20)
- install dari playdeb
- Structure Linux
- Comix
- Ubuntu sangkut?
- Ubuntu pocket guide
- VLC dalam ubuntu
- membuka fail .chm
- Packet tracer dalam ubuntu
- shortcut keyboard dalam ubuntu
- Shortcut terminal Dalam Ubuntu
- Pengemis Buta
- Nasihat Rasulullah kepada Saidina Ali
- 9 mimpi Rasulullah
- Tenaga Dalam
- Minda Bawah Sedar
- al-fatihah
- JDownload dalam ubuntu
- install pidgin 2.6.1
- Metasploit dalam Ubuntu
- backup iso ubuntu dengan remastersys
-
▼
December
(20)