Structure Linux

·

Memahami structure linux bukanlah sesuatu yang sukar, hanya perlu kepada pemahaman dan ketelitian untuk memahaminya kerana ada sesetangahnya anda tidak boleh menggunakan dengan sesuka hati anda meelaikan jika anda sudah memahaminya.penerangan ini adalah untuk untuk mereka yang masih baru menggunakan linux. bagi pengguna windows, anda mungkin masih keliru dengan structure dalam linux.baca dan fahami penerangan dibawah supaya anda mudah untuk mengendalikan sistem pengoperasian linux..


/
adalah asas kepada directory didalam linux (tidak kira apa jenis linux).setiap alamat folder atau akan bermula dengan tanda ini.

/boot
folder ini menyimpan segala data yang diperlukan untuk memulakan sesuatu komputer seperti kernel linux dan juga configuration untuk grub.

/root
ini adalah folder home untuk root. menggunakan linux (ubuntu etc) dgn account root adalah sangat merbahaya kerana root boleh melakukan apa sahaja termasuk membuang keseluruhan file didalam system. antaranya arahan (rm -rf /) yang akan membuang kesemua file daripada komputer anda. jadi anda disarankan jangan sesekali menaip arahan ini ,melainkan anda sudah memahami setiap structure linux.

/bin
ini adalah folder terletaknya program-program asas untuk linux, seperti nano,ls,mkdir,cp dan lain2.

/home
folder ini menyimpan data mengenai user account.didalam folder ini akan ada lagi satu folder mengikut nama akaun kita. didalam folder inilah semua data mengenai akaun kita akan disimpan. contohnya documents dan setting-setting untuk program/software.

/media
inilah adalah folder untuk medium yang di'mount'kan seperti external harddisk,usb pendrive, dan lain2. ada diantara distro lain yang menggunakan folder /mnt. jikalau anda menggunakan lebih dari satu partition seperti windows, maka partition windows juga akan berada disini.

/opt
folder ini untuk kita menyimpan software yang menjadimpilihan kita dan bukannya diinstall menggunakan package manager. contohnya ialah menginstall xampp yang kebiasaannya menggunakan folder ini.

/etc
disini adalah tempat menyimpan data tentang setting untuk pentadbir komputer anda. contohnya untuk mengubah setting supaya APT menggunakan server yang lain, anda boleh mengubah url repository dalam file /etc/apt/sources.list.anda boleh memilih server yang anda ingin gunakan.

/dev
file disini adalah untuk berinteraksi dengan hardware atau perlatan yang ada didalam komputer anda. contohnya file /dev/sda (adalah harddisk sata pertama) atau scd (merupakan cd-drive).

/tmp
digunakan untuk simpanan sementara setting yang digunakan oleh software atau aplikasi yang sedang dijalankan. folder ini akan dikosongkan setelah program yang dijalankan tadi dimatikan.


/usr
terletaknya semua software yang telah anda install dan juga utilities lain yang tidak terdapat didalam /bin.folder ini akan dijaga oleh package manager kita contohnya APT.


ShoutMix chat widget

Masa