Kononnya,sekelompok burung berhasrat untuk menemukan Raja. Melihat kebuasan harimau dan binatang -binatang yang menguasai hutan, burung-burung ini semakin nekad untuk membentuk persatuan sendiri dan mereka pernah mendengar bahawa Raja Burung itu adalah salah satu diantara mereka. Si burung bijak mengaku pernah bertemu dengan Sang Raja dan menawarkan jasanya untuk membawa mereka. Namun untuk kearah itu, mereka harus terbang tinggi dan jauh, kerana Sang Raja tinggal di puncak gunung yang tinggi. Si burung bujak mula menjelaskan rintangan-rintangan yang akan dilalui bagi menemui Sang Raja tersebut.. Mereka harus melalui lima Lembah dan dua Gurun Sahara. Setelah melepasi gurun terakhir mereka akan menamui Sang Raja Burung.
Mendengar penjelasan sang burung bijak itu tadi, para burung itu mulai hilang semangat. Tadi semangatnya berapi-api, sekarang mereka mulai lemah semangat. Si burung bijak merasa bersalah, “seharusnya aku tidak memberikan penjelasan apapun, seharusnya aku membiarkan sahaja mereka mengikuti aku.terbang dahulu barulah berfikir” fikir si burung bijak tersebut.
Si burung bijak berusaha untuk membangkitkan kembali semangat mereka dengan berkata.” kesenangan-kesenangan yang anda perolehi dalam hutan ini tidak bererti sama sekali. Bertemu dengan istana raja anda akan mewarisi dan memiliki istana itu.
Si burung bijak nampaknya berjaya menaikkan kembali semangat burung-burung yang lemah semangat tadi dan si burung bijak mengiringi sekelompok burung-burung tersebut. Tadi ribuan burung yang bersemangat, kini hanya tinggal beberapa ekor burung kecil sahaja yang meneruskan perjalanan menuju ke istana raja burung..
Lembah pertama yang mereka lalui adalah lembah pencarian ketekunan mereka, keteguhan hati mereka, kesungguhan niat hati mereka di perlukan untuk melewati lembah pertama itu. Ada yang berhasil dan ada yang mengubah fikirannya untuk melanjutkan perjalanan.
Lembah kedua adalah Lembah Cinta. Mereka yang masih meneruskan perjalanan akan terbakar oleh api cinta. Kerinduan mereka mulai tumbuh dengan meluap-luap untuk bertemu dengan Raja Burung yang belum pernah mereka temui sebelum ini.
Lembah ketiga adalah lembah peringkat Kesedaran. Cinta memberikan satu kekuatan tambahan kepada mereka dan terjadilah peningkatan kesedaran dalam diri mereka dimana mereka mulai peka terhadap kesedaran yang wujud dalam diri mereka.
Lembah keempat aadalah lembah Pelepasan. Sekarang terlepaslah ikatan-ikatan duniawi yang ada hanyalah kerinduan untuk bertemu dengan Sang Raja.
Lembah kelima adalah lembah Penyatuan. Burung-burung itu mulai mendekati kerajaan Sang Raja. Kekuasaannya terliahat dan dirasakan dimana-mana.
Keenam bukan lembah yang mereka tempuhi, tetapi sebuah Gurun Ketakjupan. Disini terlepaslah segala akal, budi fikiran. Sekarang yang ada hanyalah kesedaran murni. Burung-burung itu mulai merasakan kehadiran Sang Raja dalam diri mereka sendiri..Aneh !!!
Yang ketujuh dan terakhir adalah Gurun Peleburan. Keperibadian mereka mengalami peleburan.....seperti setitis air yang menyatu dengan lautan, keperibadian mereka melabur, menyatu dengan keberadaan..
Dari kesekian banyak burung yang memulai perjalanan tadi, yang berjaya hanyalah 37 ekor sahaja.ada yang menemukan niatnya dalam perjalanan dan terbang kembali kehutan. Ada yang tidak tahan untuk terbang dan berhenti di salah satu lembah dan ada pula yang mati dalam perjalanan.
Bagi 37 ekor yang berhasil pun, masih sahaja ada percubaan yang harus ditempuhi..sesampainya diistana, para pengawal istana bersifat keras dan kasar. Diantara mereka ada yang mulai marah, tetapi si burung bijak mengingatkan...... “ jangan hilang pertimbangan. Ketahuilah para pengawal ini adalah petugas Sang Raja (kekasih kita ). memarahi mereka bererti memarahi Raja” .mereka mulai menyedari kesilapan mereka.
Akhirnya, mereka di persilakan memasuki istana dan dibawa kekamar peribadi Sang Raja. Siapa pula yang mereka temukan dalam ruangan itu? Ternyata apa yang ada hanyalah sebuah cermin raksasa. Ketiga puluh tujuh burung itu melihat diri mereka sendiri.
Mereka baru sedar bahawa perjalanan yang mereka tempuhi selama ini adalah perjalanan menuju kedalam diri mereka sendiri.pengalaman yag mereka perolehi selama ini pun berasal dari dalam diri mereka sendiri.
Saya dengar, burung-burung yang telah mencapai pencerahan itu sekarang menyebarkan dan mengwar-warkan khabar angin tentang Raja Burung, sebagaimana dulu dilakukan oleh si burung bijak tadi. Mereka mengharapkan satu ketika nanti, masih ada burung yang terpesona dan berniat untuk menempuh perjalanan sama.