silat gerak sendiri adalah sesuatu yang kita lihat sebagai sesuatu yang luar biasa..kebanyakan perguruan menawarkan ilmu ini.bagi yang terlalu ghairah untuk mendapatkan silat mereka dengan mudahnya termakan dengan sesuatu yang di war-warkan tentang ilmu silat ini.cuba kita perhatikan , dari manakah silat ini diperolehi?
baiklah, untuk pengetahuan untuk kita semua, silat reflak sebenarnya hanya memerlukan kepekaan sahaja.kepekaan dilatih bagi memudahkan pelatih merasakan getaran anergy. dari kepekaan inilah kita sebenarnya mampu untuk membuka langkah-langkah silat.walaubagaimanapun, untuk memperolehinya memerlukan kesabaran dan latihan yang berterusan supaya tubuh badan kita mampu untuk bertindak balas dengan tenaga alam.seperti udara, kita tidak mampu untuk melihatnya,walaubagaimanapun didalam udara tersebut penuh dengan sesuatu yang berguna. alam mempunyai anergy nya yang tersendiri. pokok,air dan sebagainya mempunyai anergynya yang tersendiri yang jarang dibongkar dan kita hanya tahu menikmatinya sahaja.
apabila kita sudah mampu untuk merasakan getaran anergy didalam badan kita, secara teratur kita boleh mencuba untuk membuka gaya atau langkah silat yang kita inginkan. silat sebenarnya adalah dari satu sahaja,iaitu dipanggil silat diri, cuma ianya di diajarkan oleh orang tau guru yang berbeza dan dari itulah munculnya pelbagai nama silat yang kita ketahui hari ini.tidak dinafikan kebanyakan perguruan sekarang menawarkan silat refleks, kita perlu membayar mahar dan guru akan memberikan amalan. tetapi adakah kita tahu proses yang guru kita lakukan untuk memberi pengijazahan kepada kita..ada sesetengah guru mentransfer anergy khadam kedalam tubuh badan kita dan hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk kita membuka pelbagai jenis silat.kelihatannya amat menarik sekali, tetapi kita perlu ingat , sesuatu yang berkaitan dengan makhluk halus ada sesuatu yang tidak elok melaikan kita mempunya ilmu pamungkas bagi menundukkan makhluk tersebut.
mungkin itu salah satu cara untuk mendapatkan silat reflaks, tetapi kenapa kita tidak menggunakan kekuatan yang sudah ada didalam badan kita sendiri?.Allah menjadikan makhlukNya dengan berkata kunfayakun .ternyata manusia adalah makhluk yang teristimewa dan Allah sudah memberikan pelbagai kelebihan kepada diri kita, cuma apa perlu kita lakukan adalah terus gali dan mencari kelebihan diri kita.mungkin kita boleh mempelajari silat reflaks dari guru-guru yang sudah kita kenali dan yakin mampu untuk melatih kita. tidak semua guru boleh melatih kita dengan baik.ada yang betul-betul ingin melatih dan ada yang sebaliknya.silat reflaks ini jika dilatih boleh menghadirkan pelbagai jenis silat dan gerak-gerak yang kita tidak pernah terlintas difikiran kita selama ini dan sehingga boleh mengeluarkan jurus-jurus tenaga dalam.musuh akan terpental jika ingin menyerang kita.