Cahaya Solat

·

SABDA Rasullullah SAW, "Solat itu adalah cahaya iaitu apabila telah cukup syarat sebagai suatu solat yang sempurna penuh khusyuk, khudhuk dan ihsan."

Ini bermaksud, zat solat itu sendiri sebagai cahaya yang akan menerangi perjalanan seorang mukmin, sesuai dengan suatu riwayat lain yang bermaksud: "Solat itu adalah cahaya orang mukmin. Cahaya solat itu akan kelihatan pada wajah orang yang bersolat. Lebih banyak ibadat solatnya, lebih nyatalah cahaya itu diwajahnya."

Apabila Ulama Dicabar

·

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari Dalam Diri ( A TO Z)

·

A: ACCEPT
Terimalah diri anda sebagaimana adanya.

B: BELIEVE
Percayalah terhadap kemampuan anda untuk meraih apa yang anda inginkan dalam hidup.

C: CARE
Pedulilah pada kemampuan anda meraih apa yang anda inginkan dalam hidup.

D: DIRECT
Arahkan fikiran pada hal-hal positif yang meningkatkan kepercayaan diri.

Demam

·

Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?

Hakikat Demam.

Sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Omar Radhiallahu anhuma mengatakan yang maksudnya :
Demam berasal dari kepanasan api neraka yang mendidih, maka padamkanlah ia dengan air.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang diriwayatkan daripada, Aisyah Radhiallahuanha dari Nabi Shallallahualaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :
Demam adalah dari panas api neraka yang mendidih, dari itu dinginkanlah ia dengan air.
(Hadith riwayat Muslim)

Kisah Si Burung Bijak

·


Kononnya,sekelompok burung berhasrat untuk menemukan Raja. Melihat kebuasan harimau dan binatang -binatang yang menguasai hutan, burung-burung ini semakin nekad untuk membentuk persatuan sendiri dan mereka pernah mendengar bahawa Raja Burung itu adalah salah satu diantara mereka. Si burung bijak mengaku pernah bertemu dengan Sang Raja dan menawarkan jasanya untuk membawa mereka. Namun untuk kearah itu, mereka harus terbang tinggi dan jauh, kerana Sang Raja tinggal di puncak gunung yang tinggi. Si burung bujak mula menjelaskan rintangan-rintangan yang akan dilalui bagi menemui Sang Raja tersebut.. Mereka harus melalui lima Lembah dan dua Gurun Sahara. Setelah melepasi gurun terakhir mereka akan menamui Sang Raja Burung.

Fakta Dunia Akan Kiamat

·

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun. sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun hijrah.daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.Dan planet ini lebih besar daripada bumi.Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....

Berlagak Pandai

·

sudah kita maklum yang boleh dikatakan semua orang tidak suka pada orang yang mempunyai sifat berlagak pandai ini. tidak salah kalau kita ingin mendapatkan perhatian dari majikan, pensyarah atau orang ramai, tetapi harus diingat,Keinginan yang terlalu menggebu untuk dilihat paling menonjol di antara yang lain di pejabat,institut dan lain-lain lagi dikhuatiri membuat Anda “over-acting”. Bila ini terjadi, bukannya simpati atau penilaian yang positif yang Anda dapatkan melainkan label buruk.sememangnya Anda mahu mendapatkan penghargaan sebagai The Most Likely to Kiss Some Boss Butt? fikir-fikirkan lah.hehehehe...:D

Berkorban itu Indah

·


Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang. "Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

5 jari

·

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan disebalik jari yang lima.

Cuba perhatikan perlahan-lahan jari kita. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Bukankah ia membayangkan kewajipan solat lima waktu?Jangan diabaikan peringatan itu. Jika diabaikan seolah-olah kita kehilangan salah satu jari. Pastinya kehilangan itu menjadikan kita tidak sempurna dan banyak nikmat yang terlepas untuk dinikmati.

Jari Kelingking

Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil. Ia memberitahu kita bahawa manusia atau apa sahaja makhluk harus bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insani dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan harus bermula daripada kecil. Saat ini ia mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang melarat di masa hadapan kelak.


ShoutMix chat widget

Masa