tenaga dalam adalah satu istilah yang digunapakai untuk menyatakan suatu tenaga yang terpendam didalam diri..sebagaimana yang kita ketahui selama ini masyarakat cina mempunyai suatu tenaga yang dipanggil Chi.untuk membangkitkan tenaga dalam ini,kita boleh memulakan dengan melatih diri kita dengan latihan pernafasan. walaubagaimanapun, gerakan-gerakan tertentu juga harus dilakukan bagi melancarkan lagi perjalanan tenaga didalam tubuh badan kita..Tenaga dalam membentuk getaran-getaran yang tersalurkan pada urat-urat tubuh dan pembuluh-pembuluh darah apabila disalurkan. Getaran-getaran energi ini berbeza-beza, ada yang panas dan ada yang dingin, tergantung bagaiman cara orang itu berlatih. Tenaga dalam apabila disalurkan pada suatu titik tertentu akan membentuk kekuatan yang dapat digunakan untuk menghancurkan benda-benda keras, pengobatan dan lain-lain. Energi inilah yang dipergunakan oleh kalangan persilatan di dalam menambah mutu silatnya, juga dapat dipergunakan sebagai senjata yang ampuh untuk membela diri..
Tenaga Dalam
Silat Gerak Sendiri
silat gerak sendiri adalah sesuatu yang kita lihat sebagai sesuatu yang luar biasa..kebanyakan perguruan menawarkan ilmu ini.bagi yang terlalu ghairah untuk mendapatkan silat mereka dengan mudahnya termakan dengan sesuatu yang di war-warkan tentang ilmu silat ini.cuba kita perhatikan , dari manakah silat ini diperolehi?
baiklah, untuk pengetahuan untuk kita semua, silat reflak sebenarnya hanya memerlukan kepekaan sahaja.kepekaan dilatih bagi memudahkan pelatih merasakan getaran anergy. dari kepekaan inilah kita sebenarnya mampu untuk membuka langkah-langkah silat.walaubagaimanapun, untuk memperolehinya memerlukan kesabaran dan latihan yang berterusan supaya tubuh badan kita mampu untuk bertindak balas dengan tenaga alam.seperti udara, kita tidak mampu untuk melihatnya,walaubagaimanapun didalam udara tersebut penuh dengan sesuatu yang berguna. alam mempunyai anergy nya yang tersendiri. pokok,air dan sebagainya mempunyai anergynya yang tersendiri yang jarang dibongkar dan kita hanya tahu menikmatinya sahaja.